Friday, October 15, 2010

Ekspedisi Berbasikal Sintok Songkhla Lakar Sejarah UUM


PSUKAN ONLINE : 15 Oktober 2010, sejarah baru bakal terpahat dalam diari Universiti Utara Malaysia (UUM) setelah 20 pelajar dan 10 kakitangan UUM berjaya menamatkan  satu ekspedisi berbasikal ke Songkhla, Thailand sejauh 85 km.

Kejayaan manis ini bakal dikongsi oleh semua warga kampus yang mana ia juga merupakan satu pengalaman baru dalam diri pelajar dan kakitangan yang terlibat.

Ekspedisi yang bermula dari Sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah telah dilepaskan oleh Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar, Rashidi Abdullah tepat jam 8.15 pagi.

Dalam ucapan, beliau menyatakan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan beliau amat berbangga atas usaha yang dijalankan oleh Pusat Sukan dalam menaikkan nama Universiti di peringkat yang lebih tinggi.

Gabenor Sadao juga turut menyambut peserta di pintu masuk Thailand dengan menyumbangkan sedikit makanan ringan untuk peserta dan TV 9 Thailand juga turut membuat lintas langsung semasa program berjalan.

Sepanjang ekspedisi, seramai 10 peserta dari Mountain Bike Club, Hatyai dan Sadao Bike Club turut mengiringi peserta ekspedisi sehingga tamat di Thaksin Universiti, Songkhla, Thailand.

Menurut Pengarah Pusat Sukan, Shafferi Rejab, “ Matlamat ekspedisi ini adalah untuk menjalinkan persefahaman dan perhubungan di antara kedua buah Negara melalui Institusi Pengajian Tinggi (IPT), disamping dapat mendedahkan kepada pelajar kita tentang ketahanan diri dan kejayaan ekspedisi ini adalah milik kita bersama ”.

Ekspedisi berakhir di Thaksin Universiti, Songkhla, Thailand tepat jam 3.30 petang.

Habis. 

====================================
DARIPADA :
PUSAT SUKAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9285959/5927/5926
FAX : 04-9285924
EMAIL : pusur@uum.edu.my

No comments:

Post a Comment